Monday 23 April 2012

PREMIUM BEAUTIFUL + PIL HERBA MAHARANI

Assalamualaikum..

Ok, kali ni saya nak kongsikan tentang kebaikan kombinasi antara PREMIUM BEAUTIFUL CORSET + PIL HERBA MAHARANI bagi mereka iaitu wanitawanita yang sudah lama menginginkan cahayamata.. insyallah berkat kesabaran, usaha dan konsisten ada dikalangan feedback customer yg telah mencuba kini sudah pun disahkan mengandung.. alhamdulilah.. kita manusia haruslah berusaha selagi ada jalan untuk mencuba dan terus mencuba.. sentiasa la berdoa dan bertawakkal pada ALLAH agar diberikan rezeki (~_~)


KEHEBATAN HERBA MAHARANI
  • Menyelesaikan masalah wanita dan remaja (keputihan, peredaran haid & senggugut )
  • Menguatkan dan mengecutkan (otot-otot rahim, sistem peranakan dan amalan selepas bersalin)
  • Melegakan masalah (sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh-lenguh kebas dan urat saraf.
  • Melambatkan masalah monopous (Pengaktifan hormon estrogen, progestron dan androgen wanita)
  • Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik (Anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan)
  • Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payu dara, ovari, kawasan perut selepas bersalin & pinggul)
  • Meningkatkan kadar metabolisma ( sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan & kebahagiaan kepada pasangan) 


 PENGIKTIRAFAN SIJIL HALAL UNTUK PIL HERBA MAHARANI

Herba Maharani (Te Zhi Bai Feng Wan) ni adalah produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China yang telah mendapat pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim). Disebabkan Herba Maharani ini adalah produk dari luar negara, Jakim tidak boleh meletakkan logo HALAL Malaysia pada kotak Herba Maharani ni but then again pihak Jakim telah mengiktiraf badan-badan Islam luar negara seperti China Islamic Association yang mana Herba Maharani telah mendapat sijil halal dari badan tersebut.. Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan dijauhkan keraguan..

cuba la my dearie ladies..insyallah rezeki ada untuk kalian..

 Contact me : 
012.7844335 
zalina.bahdin@yahoo.com
Love,
Zalina Bahdin.

Friday 13 April 2012

Tazkirah : Indahnya Doa Selepas Solat Dhuha

“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhamu,

kecantikan itu ialah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu
dan perlindungan itu perlindunganmu.”


Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”


Love,
Zalina Bahdin

Monday 9 April 2012

Love To Share #3 :Doa Amalan..

Salam isnin yang indah...
 
Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya dan perolehi manfaatnya. Amin ya ALLAH..


Kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
Love, 
Zalina Bahdin.

Tuesday 3 April 2012

Love To Share #2 : blog masak masak..

Ishh da lame sangat rasenye tak bukak blog masak2..seriously dulu memang sangatsangat suke bukak blog masak2, almost everyday.. cume lately (sejak da duduk rumah nii) da teringat balik blogblog yg selalu saya singgah untuk dijadikan rujukan bab masak2 ni..

Antara yang menjadi pilihan saya, senang cite sifu saya bab masak2 ini adalah :

1) Curlybabe's satisfaction by kak ayu tak silap, singaporean.. sangatsangat suke tengok hasil masakan dia. harihari mesti ada update..and now, dah follow balik blog dia.. 

2) Lagi sape ye, ohhh Mat Gebu of course laahhh..mmg popular pakcik ni heeee...dr johor plak tu..pun nice tengok hasil masakan dia, dan dah penah pun try resepi dr blog dia, dan menjadi masakan kuu..

3) yg ni pun saya sangatsangat suke, sbb before this dia duduk nun di Jepun sane, kak hana & family.. hanamemories.. ini pun best, tak lepas ariari mesti nak singgah blog ni sebab tak tau la, istimewa sgt mungkin kerana dia di perantauan.. so dalam masa yg same dapat tgk camane hidup di bumi jepun tu.. sbb kak hana ni rajin amek gambar dan letak dalam blog dia.. hehe.. tapi sekarang da balik malaysia dah, sambung jadi cikgu balik..

4)sape lagi yee..nak ingat2 ni..urmmm...so far 3 ni adalah sifu saya dalam masakan alam maya ni.. sebenarnya banyak juge yg saya singgahsingah blog masak2an, tapi 3 ini adalah yg selalu, harihari saya terjah.. hehehe.. 

updated : haaaa da jatuh cinta juga dgn blog masak2 ini..fromintankitchen..still nak explore lagi dan lagiii..and also ni juge, da lame cari tapi lupe ape name blog nya..skybluekitchen..           

okay, mood masak sudah kembali!!!!! 
Love, 
Zalina Bahdin.

Wednesday 21 March 2012

Berbaloi kah...??

Salam..& Hi All..

Ok kali ni saya nak sharing tentang corset premium beautiful, hakikatnya kebanyakkan wanita2 gojes out there ingin mencuba corset premium beautiful ni, TETAPI mereka sangat merasakan ianya terlalu mahal untuk dibeli dan adalah lebih tepat sekali adakah berbaloi dengan harganye??? tidak mengapa, kerana dahulu saya juga begitu, tetapi setelah mencuba dan merasainya sendiri (saya memang nak sangat2 turunkan berat badan ketika itu) baru saya nampak akan hasilnya dan sangatsangat berpuas hati.. dalam hati "nasib baik berbaloi duit aku laburkan bli pb, mmg aku puas hati. alhamdulilah..." sebab itu la saya berani sharing dengan kawan2 saya..

Baik, saya akan tunjukkan adakah ia benarbenar berbaloi atau hanya sekadar mahal sematamata tapi tak ada 'apa' punnnn..

Pertama sekali, ingin saya katakan pb ini sesuai untuk siapa? 

1-ibu ibu selepas bersalin - dalam pantang.
2-anak dara yang ingin berkahwin - yang mahu fitting badan yang menawan di hari bersejarahnya.
3-wanita yang mengalami masalah keputihan yang melampau / haid yang tidak menentu.
4-wanita yang mengalami berat badan / perut buncit.
5-bayi yang mengalami jaundis.
6-wanita yang setelah sekian lama berumahtangga tetapi masih belum dikurniakan cahayamata dan ingin mendapat cahayamata.
7-lelaki yang mengalami masalah perut boroi (waist nipper sahaja)
8-wanita dan lelaki yang mengalami migrain, sakit belakang badan..dan banyak lagiiii...

Nampak?? tak berbaloi ke? hakikatnya semua golongan boleh memakainya.. baik wanita, lelaki, bayi dan kanak kanak juga..

semua ini adalah kerana terdapat kelebihan pada premium beautiful dimana : 
  • ia memperbetulkan pengaliran darah.
  • meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • memulihkan sistem pernafasan.
  • menghalang pembiakan sel kanser.
  • membentuk badan dan postur yang baik.
  • membantu membersih toksin dalam darah.
  • fabrik yang lembut dan selesa, sesuai dipakai sepanjang hari.
dan sekarang, tepuk dada tanya hati?? adakah ia benar2 berbaloi? (-_-) jaga lah diri anda sedari muda selagi termampu, bukan untuk siapa, untuk diri anda sendiri dan juga untuk suami tercinta (utk yg dah berkahwin yeee..)

Love, 
Zalina Bahdin.

Felda Residence Tanjung Leman...

Salam..

hahhh this week nak p bercuti lagi, kali ni familyday mr hubby nye opis buat.. nak kemane? masih dlm johor juge.. even duk johor pun tk penah sampai pun kat sini..


Apepun pas ni insyallah akan upload gambar-gambar mase bercuti kat sane nanti.. have fun je laaa... 
Love,
Zalina Bahdin.

Saturday 10 March 2012

Motivasi #1 : Keyakinan Diri..

Salam..

Saya baru je selesai membaca satu blog tentang motivasi diri..dan disini ingin saya kongsikan, samada disematkan utk diri saya sendiri dan anda semua.. (~_~)

5 tips meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.


 Jangan Peduli Anda Siapa

Selalunya ia bermula dengan tanggapan seperti ini:
* ‘saya rasa kurang bersemangatlah’
* ‘saya bukannya orang yang bijak’
* ‘saya tidak yakinlah dengan diri sendiri’
* ‘bolehkah saya lakukannya?’
* ‘bolehkah saya menjadi antara 10 orang blogger terbaik di Malaysia?’
* ‘bolehkah saya lulus peperiksaan dengan cemerlang?’

Malangnya, anda akan mulai percaya pada tanggapan-tanggapan anda terhadap diri sendiri ini. Seolah ianya suatu yang mutlak dan wajib diikuti. Akhirnya kepercayaan-kepercayaan negatif ini akan bertukar menjadi sebahagian daripada sistem badan dan bertukar menjadi bahagian diri anda.Jangan berikan peluang dan ruang diri anda untuk mendengar kata-kata negative diri anda ini. Setiap kali mendengarnya, segera padamkan daripada ingatan. Jangan percayakannya sama sekali.

Cubalah belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan akan lakukan pada masa depan. Tiada masalah kalau anda gagal. Setiap orang pernah merasainya. Kegagalan bukannya sesuatu yang buruk. Ia adalah siri pengajaran yang bagus sekali. Anda akan ingat kesilapan yang menggagalkan anda itu sampai mati. Secara peribadi saya sukakan kegagalan. Ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik.

Apa yang paling penting ialah setiap kali anda gagal melakukan sesuatu, anda berdiri semula. Buang habuk-habuk kekecewaan. Tinggalkan rasa sedih. Kumpulkan semula motivasi diri anda dan ulang sekali lagi. Sangat mustahak supaya anda jangan mencaci atau perkecilkan diri anda atas kegagalan itu tadi.


Berhati-Hati Membuat Pilihan

Pada setiap masa, otak kita menawarkan dua atau lebih pilihan (kecuali kes-kes tertentu yang jarang berlaku). Pilihan di dalam otak itu misalnya sama ada anda mahu melakukan sesuatu kerja itu sehingga berjaya atau satu lagi pilihan yakni tidak melakukan kerja itu langsung kerana mungkin anda gagal. Jadi sentiasalah pilih bahagian otak yang percaya pada diri anda, yang mengambilberat kejayaan anda dan yang memaksa anda menjadi orang yang anda cuba jadi.



  Pertahankan Apa Yang Anda Sukai


Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan ini selain daripada melakukan atau menyiapkan sesuatu yang paling kita sukai. Ada orang memanggilnya ‘minat’, sementara yang lain menggelarnya sebagai ‘sebab’.


Sebab, alasan, hobi, minat atau apa saja anda panggil itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat. Ia tidak pernah kering atau habis. Ia akan berterusan mengalirkan motivasi kepada anda selagi mana anda pertahankan kesukaan anda itu. Bahkan adakalanya sumber ini mampu memotivasikan seseorang melakukan sesuatu yang luarbiasa atau kejayaan besar yang sukar dicapai oleh orang lain.




 Berimpian Tinggi


Impikan sesuatu yang besar. Ini akan menghasilkan inspirasi. Inspirasi pula akan membuat seseorang bekerja keras dengan minat yang cukup mendalam. Cuba fikirkan: “Apa akan berlaku kepada seseorang yang tidak mempunyai sebarang impian?”. Jawapannya – tiada apa-apa. Contohnya, jika tiada medal Olimpik dan tiada ratusan atlet handal lain yang bertarung mendapatkannya maka tiadalah seseorang yang dipanggil ‘Juara Olimpik’ itu.


Kalau anda tidak berimpian tinggi, anda akan kekal berimpian rendah. Anda akan menjadi orang biasa yang serupa saja dengan orang lain. Tiada semangat. Tiada tujuan. Tiada apa-apa.Apa yang paling kita takuti bukannya..


“Seseorang yang berimpian tinggi dan gagal mencapainya, TETAPI seseorang yang berimpian rendah dan berjaya mencapainya!”

 Love,
Zalina Bahdin.