Saturday, 10 March 2012

Motivasi #1 : Keyakinan Diri..

Salam..

Saya baru je selesai membaca satu blog tentang motivasi diri..dan disini ingin saya kongsikan, samada disematkan utk diri saya sendiri dan anda semua.. (~_~)

5 tips meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.


 Jangan Peduli Anda Siapa

Selalunya ia bermula dengan tanggapan seperti ini:
* ‘saya rasa kurang bersemangatlah’
* ‘saya bukannya orang yang bijak’
* ‘saya tidak yakinlah dengan diri sendiri’
* ‘bolehkah saya lakukannya?’
* ‘bolehkah saya menjadi antara 10 orang blogger terbaik di Malaysia?’
* ‘bolehkah saya lulus peperiksaan dengan cemerlang?’

Malangnya, anda akan mulai percaya pada tanggapan-tanggapan anda terhadap diri sendiri ini. Seolah ianya suatu yang mutlak dan wajib diikuti. Akhirnya kepercayaan-kepercayaan negatif ini akan bertukar menjadi sebahagian daripada sistem badan dan bertukar menjadi bahagian diri anda.Jangan berikan peluang dan ruang diri anda untuk mendengar kata-kata negative diri anda ini. Setiap kali mendengarnya, segera padamkan daripada ingatan. Jangan percayakannya sama sekali.

Cubalah belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan akan lakukan pada masa depan. Tiada masalah kalau anda gagal. Setiap orang pernah merasainya. Kegagalan bukannya sesuatu yang buruk. Ia adalah siri pengajaran yang bagus sekali. Anda akan ingat kesilapan yang menggagalkan anda itu sampai mati. Secara peribadi saya sukakan kegagalan. Ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik.

Apa yang paling penting ialah setiap kali anda gagal melakukan sesuatu, anda berdiri semula. Buang habuk-habuk kekecewaan. Tinggalkan rasa sedih. Kumpulkan semula motivasi diri anda dan ulang sekali lagi. Sangat mustahak supaya anda jangan mencaci atau perkecilkan diri anda atas kegagalan itu tadi.


Berhati-Hati Membuat Pilihan

Pada setiap masa, otak kita menawarkan dua atau lebih pilihan (kecuali kes-kes tertentu yang jarang berlaku). Pilihan di dalam otak itu misalnya sama ada anda mahu melakukan sesuatu kerja itu sehingga berjaya atau satu lagi pilihan yakni tidak melakukan kerja itu langsung kerana mungkin anda gagal. Jadi sentiasalah pilih bahagian otak yang percaya pada diri anda, yang mengambilberat kejayaan anda dan yang memaksa anda menjadi orang yang anda cuba jadi.



  Pertahankan Apa Yang Anda Sukai


Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan ini selain daripada melakukan atau menyiapkan sesuatu yang paling kita sukai. Ada orang memanggilnya ‘minat’, sementara yang lain menggelarnya sebagai ‘sebab’.


Sebab, alasan, hobi, minat atau apa saja anda panggil itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat. Ia tidak pernah kering atau habis. Ia akan berterusan mengalirkan motivasi kepada anda selagi mana anda pertahankan kesukaan anda itu. Bahkan adakalanya sumber ini mampu memotivasikan seseorang melakukan sesuatu yang luarbiasa atau kejayaan besar yang sukar dicapai oleh orang lain.




 Berimpian Tinggi


Impikan sesuatu yang besar. Ini akan menghasilkan inspirasi. Inspirasi pula akan membuat seseorang bekerja keras dengan minat yang cukup mendalam. Cuba fikirkan: “Apa akan berlaku kepada seseorang yang tidak mempunyai sebarang impian?”. Jawapannya – tiada apa-apa. Contohnya, jika tiada medal Olimpik dan tiada ratusan atlet handal lain yang bertarung mendapatkannya maka tiadalah seseorang yang dipanggil ‘Juara Olimpik’ itu.


Kalau anda tidak berimpian tinggi, anda akan kekal berimpian rendah. Anda akan menjadi orang biasa yang serupa saja dengan orang lain. Tiada semangat. Tiada tujuan. Tiada apa-apa.Apa yang paling kita takuti bukannya..


“Seseorang yang berimpian tinggi dan gagal mencapainya, TETAPI seseorang yang berimpian rendah dan berjaya mencapainya!”

 Love,
Zalina Bahdin.

No comments:

Post a Comment