Monday, 23 April 2012

PREMIUM BEAUTIFUL + PIL HERBA MAHARANI

Assalamualaikum..

Ok, kali ni saya nak kongsikan tentang kebaikan kombinasi antara PREMIUM BEAUTIFUL CORSET + PIL HERBA MAHARANI bagi mereka iaitu wanitawanita yang sudah lama menginginkan cahayamata.. insyallah berkat kesabaran, usaha dan konsisten ada dikalangan feedback customer yg telah mencuba kini sudah pun disahkan mengandung.. alhamdulilah.. kita manusia haruslah berusaha selagi ada jalan untuk mencuba dan terus mencuba.. sentiasa la berdoa dan bertawakkal pada ALLAH agar diberikan rezeki (~_~)


KEHEBATAN HERBA MAHARANI
  • Menyelesaikan masalah wanita dan remaja (keputihan, peredaran haid & senggugut )
  • Menguatkan dan mengecutkan (otot-otot rahim, sistem peranakan dan amalan selepas bersalin)
  • Melegakan masalah (sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh-lenguh kebas dan urat saraf.
  • Melambatkan masalah monopous (Pengaktifan hormon estrogen, progestron dan androgen wanita)
  • Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik (Anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan)
  • Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payu dara, ovari, kawasan perut selepas bersalin & pinggul)
  • Meningkatkan kadar metabolisma ( sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan & kebahagiaan kepada pasangan) 


 PENGIKTIRAFAN SIJIL HALAL UNTUK PIL HERBA MAHARANI

Herba Maharani (Te Zhi Bai Feng Wan) ni adalah produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China yang telah mendapat pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim). Disebabkan Herba Maharani ini adalah produk dari luar negara, Jakim tidak boleh meletakkan logo HALAL Malaysia pada kotak Herba Maharani ni but then again pihak Jakim telah mengiktiraf badan-badan Islam luar negara seperti China Islamic Association yang mana Herba Maharani telah mendapat sijil halal dari badan tersebut.. Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan dijauhkan keraguan..

cuba la my dearie ladies..insyallah rezeki ada untuk kalian..

 Contact me : 
012.7844335 
zalina.bahdin@yahoo.com
Love,
Zalina Bahdin.

Friday, 13 April 2012

Tazkirah : Indahnya Doa Selepas Solat Dhuha

“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhamu,

kecantikan itu ialah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu
dan perlindungan itu perlindunganmu.”


Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”


Love,
Zalina Bahdin

Monday, 9 April 2012

Love To Share #3 :Doa Amalan..

Salam isnin yang indah...
 
Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya dan perolehi manfaatnya. Amin ya ALLAH..


Kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya
Love, 
Zalina Bahdin.

Tuesday, 3 April 2012

Love To Share #2 : blog masak masak..

Ishh da lame sangat rasenye tak bukak blog masak2..seriously dulu memang sangatsangat suke bukak blog masak2, almost everyday.. cume lately (sejak da duduk rumah nii) da teringat balik blogblog yg selalu saya singgah untuk dijadikan rujukan bab masak2 ni..

Antara yang menjadi pilihan saya, senang cite sifu saya bab masak2 ini adalah :

1) Curlybabe's satisfaction by kak ayu tak silap, singaporean.. sangatsangat suke tengok hasil masakan dia. harihari mesti ada update..and now, dah follow balik blog dia.. 

2) Lagi sape ye, ohhh Mat Gebu of course laahhh..mmg popular pakcik ni heeee...dr johor plak tu..pun nice tengok hasil masakan dia, dan dah penah pun try resepi dr blog dia, dan menjadi masakan kuu..

3) yg ni pun saya sangatsangat suke, sbb before this dia duduk nun di Jepun sane, kak hana & family.. hanamemories.. ini pun best, tak lepas ariari mesti nak singgah blog ni sebab tak tau la, istimewa sgt mungkin kerana dia di perantauan.. so dalam masa yg same dapat tgk camane hidup di bumi jepun tu.. sbb kak hana ni rajin amek gambar dan letak dalam blog dia.. hehe.. tapi sekarang da balik malaysia dah, sambung jadi cikgu balik..

4)sape lagi yee..nak ingat2 ni..urmmm...so far 3 ni adalah sifu saya dalam masakan alam maya ni.. sebenarnya banyak juge yg saya singgahsingah blog masak2an, tapi 3 ini adalah yg selalu, harihari saya terjah.. hehehe.. 

updated : haaaa da jatuh cinta juga dgn blog masak2 ini..fromintankitchen..still nak explore lagi dan lagiii..and also ni juge, da lame cari tapi lupe ape name blog nya..skybluekitchen..           

okay, mood masak sudah kembali!!!!! 
Love, 
Zalina Bahdin.

Wednesday, 21 March 2012

Berbaloi kah...??

Salam..& Hi All..

Ok kali ni saya nak sharing tentang corset premium beautiful, hakikatnya kebanyakkan wanita2 gojes out there ingin mencuba corset premium beautiful ni, TETAPI mereka sangat merasakan ianya terlalu mahal untuk dibeli dan adalah lebih tepat sekali adakah berbaloi dengan harganye??? tidak mengapa, kerana dahulu saya juga begitu, tetapi setelah mencuba dan merasainya sendiri (saya memang nak sangat2 turunkan berat badan ketika itu) baru saya nampak akan hasilnya dan sangatsangat berpuas hati.. dalam hati "nasib baik berbaloi duit aku laburkan bli pb, mmg aku puas hati. alhamdulilah..." sebab itu la saya berani sharing dengan kawan2 saya..

Baik, saya akan tunjukkan adakah ia benarbenar berbaloi atau hanya sekadar mahal sematamata tapi tak ada 'apa' punnnn..

Pertama sekali, ingin saya katakan pb ini sesuai untuk siapa? 

1-ibu ibu selepas bersalin - dalam pantang.
2-anak dara yang ingin berkahwin - yang mahu fitting badan yang menawan di hari bersejarahnya.
3-wanita yang mengalami masalah keputihan yang melampau / haid yang tidak menentu.
4-wanita yang mengalami berat badan / perut buncit.
5-bayi yang mengalami jaundis.
6-wanita yang setelah sekian lama berumahtangga tetapi masih belum dikurniakan cahayamata dan ingin mendapat cahayamata.
7-lelaki yang mengalami masalah perut boroi (waist nipper sahaja)
8-wanita dan lelaki yang mengalami migrain, sakit belakang badan..dan banyak lagiiii...

Nampak?? tak berbaloi ke? hakikatnya semua golongan boleh memakainya.. baik wanita, lelaki, bayi dan kanak kanak juga..

semua ini adalah kerana terdapat kelebihan pada premium beautiful dimana : 
  • ia memperbetulkan pengaliran darah.
  • meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • memulihkan sistem pernafasan.
  • menghalang pembiakan sel kanser.
  • membentuk badan dan postur yang baik.
  • membantu membersih toksin dalam darah.
  • fabrik yang lembut dan selesa, sesuai dipakai sepanjang hari.
dan sekarang, tepuk dada tanya hati?? adakah ia benar2 berbaloi? (-_-) jaga lah diri anda sedari muda selagi termampu, bukan untuk siapa, untuk diri anda sendiri dan juga untuk suami tercinta (utk yg dah berkahwin yeee..)

Love, 
Zalina Bahdin.

Felda Residence Tanjung Leman...

Salam..

hahhh this week nak p bercuti lagi, kali ni familyday mr hubby nye opis buat.. nak kemane? masih dlm johor juge.. even duk johor pun tk penah sampai pun kat sini..


Apepun pas ni insyallah akan upload gambar-gambar mase bercuti kat sane nanti.. have fun je laaa... 
Love,
Zalina Bahdin.

Saturday, 10 March 2012

Motivasi #1 : Keyakinan Diri..

Salam..

Saya baru je selesai membaca satu blog tentang motivasi diri..dan disini ingin saya kongsikan, samada disematkan utk diri saya sendiri dan anda semua.. (~_~)

5 tips meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.


 Jangan Peduli Anda Siapa

Selalunya ia bermula dengan tanggapan seperti ini:
* ‘saya rasa kurang bersemangatlah’
* ‘saya bukannya orang yang bijak’
* ‘saya tidak yakinlah dengan diri sendiri’
* ‘bolehkah saya lakukannya?’
* ‘bolehkah saya menjadi antara 10 orang blogger terbaik di Malaysia?’
* ‘bolehkah saya lulus peperiksaan dengan cemerlang?’

Malangnya, anda akan mulai percaya pada tanggapan-tanggapan anda terhadap diri sendiri ini. Seolah ianya suatu yang mutlak dan wajib diikuti. Akhirnya kepercayaan-kepercayaan negatif ini akan bertukar menjadi sebahagian daripada sistem badan dan bertukar menjadi bahagian diri anda.Jangan berikan peluang dan ruang diri anda untuk mendengar kata-kata negative diri anda ini. Setiap kali mendengarnya, segera padamkan daripada ingatan. Jangan percayakannya sama sekali.

Cubalah belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan akan lakukan pada masa depan. Tiada masalah kalau anda gagal. Setiap orang pernah merasainya. Kegagalan bukannya sesuatu yang buruk. Ia adalah siri pengajaran yang bagus sekali. Anda akan ingat kesilapan yang menggagalkan anda itu sampai mati. Secara peribadi saya sukakan kegagalan. Ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik.

Apa yang paling penting ialah setiap kali anda gagal melakukan sesuatu, anda berdiri semula. Buang habuk-habuk kekecewaan. Tinggalkan rasa sedih. Kumpulkan semula motivasi diri anda dan ulang sekali lagi. Sangat mustahak supaya anda jangan mencaci atau perkecilkan diri anda atas kegagalan itu tadi.


Berhati-Hati Membuat Pilihan

Pada setiap masa, otak kita menawarkan dua atau lebih pilihan (kecuali kes-kes tertentu yang jarang berlaku). Pilihan di dalam otak itu misalnya sama ada anda mahu melakukan sesuatu kerja itu sehingga berjaya atau satu lagi pilihan yakni tidak melakukan kerja itu langsung kerana mungkin anda gagal. Jadi sentiasalah pilih bahagian otak yang percaya pada diri anda, yang mengambilberat kejayaan anda dan yang memaksa anda menjadi orang yang anda cuba jadi.



  Pertahankan Apa Yang Anda Sukai


Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan ini selain daripada melakukan atau menyiapkan sesuatu yang paling kita sukai. Ada orang memanggilnya ‘minat’, sementara yang lain menggelarnya sebagai ‘sebab’.


Sebab, alasan, hobi, minat atau apa saja anda panggil itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat. Ia tidak pernah kering atau habis. Ia akan berterusan mengalirkan motivasi kepada anda selagi mana anda pertahankan kesukaan anda itu. Bahkan adakalanya sumber ini mampu memotivasikan seseorang melakukan sesuatu yang luarbiasa atau kejayaan besar yang sukar dicapai oleh orang lain.




 Berimpian Tinggi


Impikan sesuatu yang besar. Ini akan menghasilkan inspirasi. Inspirasi pula akan membuat seseorang bekerja keras dengan minat yang cukup mendalam. Cuba fikirkan: “Apa akan berlaku kepada seseorang yang tidak mempunyai sebarang impian?”. Jawapannya – tiada apa-apa. Contohnya, jika tiada medal Olimpik dan tiada ratusan atlet handal lain yang bertarung mendapatkannya maka tiadalah seseorang yang dipanggil ‘Juara Olimpik’ itu.


Kalau anda tidak berimpian tinggi, anda akan kekal berimpian rendah. Anda akan menjadi orang biasa yang serupa saja dengan orang lain. Tiada semangat. Tiada tujuan. Tiada apa-apa.Apa yang paling kita takuti bukannya..


“Seseorang yang berimpian tinggi dan gagal mencapainya, TETAPI seseorang yang berimpian rendah dan berjaya mencapainya!”

 Love,
Zalina Bahdin.

Friday, 9 March 2012

Adore...MBMJ handbag..

Sejak 2 menjak ni..tido tak lena, makan tak kenyang... Ohhhh..apakah? kenapakah? right now sangat2 adore dgn MBMJ.. hurmmm..tengok ni...




Bianca Pocket HOBO. cairrrr nyee...nak nak nak!!




Classic Q-Little Ukita. the color!  gojes..





Bianca Hayley... adudududu...


classic Q-shopgirl.. (~_~)




nak sume bole?? wat collection...heeee..




Love,
Zalina Bahdin.

Friday, 2 March 2012

Cara memakai premium beautiful..


Cara 1 : Long Girdle

(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa 


Cara 2 : Long Bra 
(1) Tundukkan padan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra
(2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
(5) Betulkan kedudukan bra 

Cara 3 : Waist Nipper
 (1)Letakkan rama-rama diamond terletak di tengah dada
 (2)Lekatkan kesemua cangkuk (patut berada di tulang rusuk kiri badan)
 (3) Betulkan kedudukannya
 (4) Tarik tali pelaras
 (5) Tahan nafas dan cangkukkan ke depan
 (6) Pastikan ianya selesa 

Ok dah selesai.. tengok cermin, anda pasti tersenyum.. percaya la.. 
  
Contact me : 
012.7844335 
zalina.bahdin@yahoo.com

Love,
Zalina Bahdin.


March Oooohhh March..

Salam..

Dalam diam tak diam 2012 da berganjak ke bulan 3..ada sesuatu yang harus saya lakukan..sesuatu pengorbanan yg besar..Ya Allah, moga semuanya berjalan dengan lancar.. Amin.. 

Love, 
Zalina Bahdin.

Tuesday, 28 February 2012

Apa Itu Lactolite?


Minuman serbuk yoghurt kultur hidup dan inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan kita. Ia adalah sinbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik dan prebiotik. Ia tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap). Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan kekejangan perut atau cirit-birit.

Ia membantu dalam :
  • Pencernaan
  • Meningkatkan pergerakan usus
  • Membantu Penghadaman
  • Menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria 
  • INULIN bantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.

Lactolite boleh diminum di awal pagi atau sebelum  tidur. Ambil 1 sachet sahaja sehari.Campurkan dengan 200ml air kosong biasa atau bole juga dicampur dalam Nestle Bliss or any freshjuice...Lepas tu jangan lupa minum 8 gelas air sehari.

 P/s : Pakai Premium Beautiful 8 jam (minimum) sehari & makan Lactolite secara konsisten sehari sekali, INSYAALLAH boleh dapat badan yang diidamkan.

Contact me : 
012.7844335 
zalina.bahdin@yahoo.com
Love,
Zalina Bahdin.

Monday, 27 February 2012

How To Measure Your PB Size..

Hanya 4 langkah : (kesemuanya dalam sentimeter ye..)


Langkah 1 - Ukur Dada


Langkah 2 - Bawah Dada

Langkah 3 - Ukur Pinggang ( make sure selari siku anda!)

Langkah 4 - Puncak Punggung 

Mudah bukan? 

Ok, selesai mengukur bole email/sms me..

Love,
Zalina Bahdin 


If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today!

ZALINA BAHDIN
Mobile : 012.7844335
E-mail : zalina.bahdin@yahoo.com 

Love,
(^_^)

Friday, 24 February 2012

I Love Food #1 : Apam Polkadot..

Salam..
2 hari kelmarin saya ada order apam polkadot dari seorang kawan lama kat opis dulu dan petang tadi baru dapat..weeeee..nak kata saya sukeee sangat makan tu tak la, tapi apam polkadot yg dia buat ni special pada saya. versi ANGRYBird, LADYBird dan juga Bee.. comelll sgt..teruja saya..kalau tempah utk majlis harijadi pun sangat sesuai dan pasti ibu ibu anak anak kecil akan suka... (~_~)

comel kannn..angrybird tu takleh tahan..alaa bee tu tak nampak pulak..


 yg diletak kat mata tu la bee nyee..


Lepas ni boleh la order lagi, sebab mylilprince sangatsangat la sukee dgn apam comel ni..maybe boleh request for CARS pulak hehehe..

p/s : sangatsangat recomended!! bukan hanya cantik pada luaran tetapi rasanya juga menepati selera saya.. nak cuba, bole add je kawan saya ni di facebook dia..

LOVE,
Zalina Bahdin.

Friday, 17 February 2012

Holiday ke Lotus Desaru Beach Resort..

Salam..

Hari ni nak pergi bercuticuti dengan hubby's family... sekali sekala berholiday... tak pernah pergi lagi ke sini, even takde la jauh sgt nak pergi..hehehe..


saya suke tempat ni..sangat sesuai untuk mak bapak budak anak anak bermandi manda..

ok la, tengok gambar je pun tak best..better pergi kesana.. malam ni kiteorg bertolak...daaaaa bertemu kembali...

LOVE,
Zalina Bahdin.

Thursday, 16 February 2012

PREMIUM BEAUTIFUL..

Salam..

Bertemu kembali..kenapa asyik pasal PREMIUM BEAUTIFUL je ni..SEBAB,saya sudah semakin jatuh chinta wif this corset so saya nak sharing serba sedikit utk entry kali ni.. 


CIRI-CIRI PREMIUM BEAUTIFUL.


• Superbrands.
Lifetime Warranty.
Teknologi dari Jepun, US, Jerman & Taiwan.
Far Infrared Ray (F.I.R) 
Pengiktirafan dari Persatuan Pakar Chiropractor America.
Fabrik Akwatek & Akwadyne.
Kuasa Regangan 360 darjah.
Direkabentuk untuk 70% Kesihatan & 30% Kecantikan.

 KEISTIMEWAAN PREMIUM BEAUTIFUL.

• Memperbetulkan pengaliran darah.
Memulihkan sistem pernafasan.
Membentuk badan & postur yang baik.
Membantu membersihkan toksin dalam darah.
Meningkatkan kadar metabolisme badan.
Menghalang pembiakan sel kanser.
Fabrik yang lembut pada kulit.
Selesa & sesuai dipakai sepanjang hari.

  
so kepada korang2 di luar sana, jika ingin mencuba, rasai sendiri, insyallah pasti akan berpuas hati..

Contact me : 
012.7844335 
zalina.bahdin@yahoo.com

LOVE,
Zalina Bahdin.

Wednesday, 15 February 2012

Testimoni PREMIUM BEAUTIFUL..

Salam..

Hi, bertemu kembali..seperti tajuk entry di atas, saya nak cerita serba sedikit tentang pemakaian dan perubahan ke atas diri saya sendiri setelah memakai corset PREMIUM BEAUTIFUL ni..

Okay, masa mula-mula pakai, ya ampunnnn ketat gilaaa... punya la excited boleh saya pakai long girdle dulu, padahal nak diikutkan pakai LONG BRA dulu, kemudian baru la LONG GIRDLE then last sekali WAIST NIPPER. hehehe...mase pakai girdle, tersekat kat atas lutut, means kat paha la kan..Ya Allah, cuak sudaaa, apakah silap saiz ke ni?...tidak tidak tidak..."jangan cuak, jangan cuak" ati berkata.."tenangkan hati"...then saya mencuba sekali lagi..setelah berhempas pulas senget sane senget sini, hahaha..fuhhhhh lepas seyyy..hehehe..ati ku kental okayy, takde nye nak mintak bantuan en.hubby...karang ada dia berdekahkan saya...agaknya la.. ok,siap pakai girdle pehhhh flat giler perut...mana perginya yg berlipat ituuu...ohh biarkannnn....yang penting flat dah perut saya...wowwww!! teruja tak boleh cakap laaa..

LONG GIRDLE

Ok, selesai tang tu..saya mula pakai LONG BRA pula, ecceeeehhh nampak confident..dari pembacaan saya, sekiranya tak boleh kancing terus kat belakang, bawa ia kedepan, kemudian kancing, bawa/tarik kebelakang macam pakia bra biasa..n me also buat la macam tu juga, siap kancing, ketat gilaaaa juga..tapi dah ada pengalaman tang girdle tadi kan..so cool saje...."eh alamak, apsal tak gerak ni" Ahh sudahh...saya cuba juga lagi then done, saya kemaskan lemaklemak yang terkumpul ke dlm cup bra pastu semuanya ok saje terletak..cantik kemas sgt..ohhhhh sukeeeee! 


LONG BRA


Dan yang akhir, WAIST NIPPER..ini yang paling senang sekali..semua orang boleh buat..Nahhhh kemasnya badan sayaa...weee suke sekali...waist nipper ni memperkemaskan lagi susuk tubuh badan kita ye apabila memakainya..


WAIST NIPPER

Sepanjang hari pemakaian tu pada mula ye memang agak tidak selesa, biasa la kalau da terbiasa badan tiada tekanan tiba tiba melekap something kat badan of course la jadi lain kan..tapi percayalahh ini semua hanya SEMENTARA saja..day2, nak pakai pun da expert dahhh...sgt memuaskan!! 

Side EFFECT bila pakai pula..ini pada diri saya sendiri sebab badan setiap manusia lain-lain kan..seminggu pertama tu agak loya-loya sikit la..pening-pening..itu adalah perkara biasa..selera makan juga berkurang(bukan diet ye!) memang takde selera..badan juga dah tak sakit-sakit lagi..bangun tidur pagi pun elok saja..setakat ni, itu la yg ade perubahan kat diri saya..insyallah ade perubahan, akan saya update di entry akan datang...


p/s : Penggunaan PREMIUM BEAUTIFUL bukan saja boleh menjadikan kita kurus sematamata tetapi ia juga berfungsi untuk menjaga kesihatan badan.. (~_~)

LOVE,
Zalina Bahdin.


Sunday, 12 February 2012

Kenapa PREMIUM BEAUTIFUL yang menjadi pilihan?

Salam..

Alalaaaa haii..lama sudah tak update blog..meh la kite cite2 yeee...Ehhhh..ade ape ye dengan tajuk entry kali ni? Apa yang menjadi pilihan ni? OOhhhh...

PREMIUM BEAUTIFUL

For sure la semua orang tau ape itu PREMIUM BEAUTIFUL, it's corset right?

Begini, biarlah saya mulakan bagaimana saya boleh 'terjebak' with this great product. actually saya rajin dan sangatsangat suka membaca blog-blog someone..nak dijadikan cerita, my BFF msg me, "cer ko tgk satu blog ni, aku suke bace blog die..." saya pun pun ape lagi, "Oh ye ke? sape? bagi aku ape name blog die" then saya pun baca la..iye la... best baca blog die sbb die suke share about her life, kids & of course la baju cantik2,kasut lawa2..ohhh bestnye.....nak dijadikan cerita tu, terbaca la satu entry dia yg di'link'kan ke blog Hanis Haizi..sape Hanis Haizi ni??ohhh adik die laa..(rupanya blog yang saya baca ni adalah kakak kepada Hanis)..

Maka DISINI la bermula segalanya...mase tu hanis masih menggunakan honeytothebee.blogspot.. everyday saya follow blog dia, masa tu hanis hanya la seorang surirumah dan hariz la sebagai peneman dia..sama macam blogger2 lain, cerita tentang life, anak2..dan tak lama tu hanis dah start doing this bisnes..mula2 macam tak nampak lagi, ape bisnes dia buat ni..dan kat situ macam ade aura asyik nak follow hari2 sehingga la ke hari ini..dan sekarang sudah pun bergelar CDM Hanis Haizi.

KESIMPULANNYA,

Hampir 2 1/2 tahun saya dok follow blog hanis from NOBODY to SOMEBODY..tengok dia buat this bisnes dari sehari kesehari makin menjadi.. Terpikir saya, daripada saya tengok je segala 'kemewahan' yg hanis kecapi, kenapa tidak saya juga boleh seperti dia..nak la juga macam dia so harus lah BERMULA, "Enough, aku harus bermula"..cukup la 2 1/2 tahun tu tengok je macam2 dia boleh beli itu ini, siap pergi melancong for FREE, dan yang penting anak didik dia kebanyakkannya 'menjadi'..ehhh tak boleh tahannn laaaaa....and FINALLY, awal tahun 2012 i'm officially joined this bisnes ni dibawah pimpinan bakal CDM Nurfaziha (ini insan hebat juga!! beliau juga adalah anak didik HANIS HAIZI, bakal CDM pertama dari JOHOR) fuhhhh siapa tak bangga, saya berada di bawah pimpinannya. Alhamdulilahhh..

Begitu la ceritanya, cantik bukan perjalanan yang telah ALLAH aturkan untuk hambanya..kerana setiap hari saya berdoa agar dipertemukan dengan 'sesuatu' yang boleh merubah rezeki kami kepada yang lebih baik..dan yang penting saya telah pun berada di bawah pemimpin yang hebat-hebat ini..


P/s : CDM adalah pangkat tertinggi dalam bisnes ni..we doing this bisnes together..di bawah pimpinan hanis, TIDAK ADA istilah org atasan akan meninggalkan org bawahan terkontang kanting ye..TIDAK ADA! as long as kamu nak majukan diri sendiri, harus kita berusaha..dan yang penting we do it together (~_~)


ok berjumpa lagi..

LOVE,
Zalina Bahdin.

Thursday, 2 February 2012

Love to share #1 : VCO Catalyst..

Salam..


Okay, arini urmm.. ade something nak share yg berguna..actually me susah benar nak bli satu2 produk kalu tak iye2..penah dgr VCO ni? For sure siapasiapa yg suke mencube produk2 melata di pasaran of course tau & for me, baru juge pakai product in almost 2months.. it's good laah.. kalau makan softgel tu kulit jadi lembut n bermaye smule..nak makan tu suke hati samade siang or mlm..better siang coz kalu mlm kamu jadik burung antu hehe..terkebil2 takleh tdo..it's me la.. sbb apabila kita makan ia menyegarkan badan kite..as i know la..satu lagi saya juge menggunakan yg liquid jadikan moisturiser..nak pakai compact pun licin je muke.. suke i..tak rugi bli tau..



(gambar ihsan en. google)

Ohh actually, VCO ni ade juge for collagen. tapi saya belum mencubanya lagi maybe kalu mkn sofgel + liquid (sapuan) + collagen lagiiii kababommm kot hasilnye..hikhik..

Kalu kite tak mencuba, takkan tau khasiatnye..ye dak? alhamdulilah ia berkesan for me.. okayy tu je nak share wat mase ni..

p/s : nak bli? saya tak jual, agakagak kalau rase nak mencube, pergi cari ejen2 yg bertauliah kat area masing2..selamat mencuba!! 




Love,
Zalina Bahdin.



Wednesday, 1 February 2012

Fever..

Salam..


Oh Allah, sembuhkan la anak kecikku dr sebarang penyakit dan andai ku mampu biar saje semua diletakkan dibahu ku ya allah..NAMUN aku tahu ape terbaik buat anakku yg telah ditetapkan olehMu..


 Get well soon mylilprince.. mama n papa love u so much..   

Love,
Zalina Bahdin

Monday, 23 January 2012

Cuti cuti 1Malaysia Chinese New Year..

Salam..

Sempena cuti CNY ni mesti yg ramai balik ke kg masing2..moga2 selamat perjalanan sume..dannnn juge disebabkan CNY ni tk kemane2 ade baiknye la kan kite membuat sesatu yg berfaedah..urmm nak wat ape ek.. jalan2 la..ingat di hati nak carikan my lilprince kasut..CROCS is the best kot..lgpun lilprince suke CARS Disney Cartoon..tgk kat site, ade da kasut tu.. 

ni kasut yg die mau..

But, i'm more prefer this..

Anyway dua2 pun nice..Hopefully ade la lagi stock.. AMIN.. dan alang2 dah ke sane mamanye pun berangan nak juge..

ok gak color GOLD..hehe..




**updated : at last, me choose this for him..

Love,
Zalina Bahdin.